16 SEPTEMBER 2018: SAYANGI MALAYSIAKU
Hampir 4 tahun blog ini tidak ditulis.
Semakin meningkat usia, semakin berat rasanya tanggungjawab ini. Tapi itulah realiti kehidupan kita. Hari demi hari aku cuba memperbaiki kewangan keluarga, sebab aku percaya, kewangan adalah perkara asas penting dalam rumahtangga.
Latarbelakang sebagai guru memperlihatkan padaku, banyak keluarga pelajarku ranap dipertengahan jalan kerana masalah ini. Masalah mewarisi kemiskinan ibubapa menghantui anak-anak yang tidak sedar "halangan hidup" di hadapan mereka. Hari demi hari berlalu.
Pengalaman ini pernah aku lalui, sejak 2009 aku berusaha untuk memperbaiki apa yang perlu. Susah? Semestinya. Mencabar. Yup!
Atas hakikat itu, saya cuba untuk memperbaiki lompang ini dengan pendapatan sampingan. Mencari second income bukan usaha mudah, genap 6 tahun aku bergerak. Alhamdulillah, hasil dari itu, saya berjaya menabung untuk anak-anak yang dah berusia 8 tahun, 6 tahun dan 2 tahun.
Saya faham, menyimpan bukan cara terbaik tetapi saya percaya pada asas ini. Saya terdedah dengan metode investment, tapi biar lah dulu kemudian. Memadai buat masa ini, saya berjaya:
1) Daftar haji untuk anak-anak.
2) Menyimpan di dalam ASB
Sekarang saya banyak belajar tentang kewangan, perbaiki kewangan yang salah. CCRIS alhamdulillah, just high commitment sahaja yang menghantui (boleh diselesai setiap bulan).
Sekarang ke arah untuk memperbaiki CCRIS,supaya boleh membeli sebuah lagi unit rumah. Semuanya perancangan kecil aku untuk masa depan. Semoga dengan adanya aset, ia boleh membantu anak-anak melanjutkan pelajaran
Cukup untuk hari ini. Sekarang saya lebih berhati-hati dalam berbelanja. Mula belajar merancang Pusaka/ Hibbah pula (kebetulan seorang sahabat seusia saya baru meninggal dunia).
Untuk bacaan anak-anakku satu masa nanti. Mungkin dihari itu, FB, IG, Twitter sudah tidak praktis.
Cukuo buat masa ini.

Ulasan
Catat Ulasan