Tentang Saya
Profil Diri
Mohamad Faiz Bin Dahlan. Dilahirkan di negeri Sarawak, Bumi Kenyalang pada tahun 1982. Dilahirkan dalam keluarga yang kecil pendapatannya. Ayah saya bekerja sebagai Attendan Hospital manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Kebanyakan waktu, semasa kecil, dihabiskan untuk bermain dan pergi ke sekolah pada paginya dan petangnya ke sekolah agama. Saya bersekolah di sebuah sekolah yang jaraknya 10km dari rumah. Setiap hari saya dan adik beradik lain bangun awal untuk ke sekolah seawal 5.30 pagi. Pada masa hujung minggu, masa banyak dihabiskan untuk mengaji Al-Quran dan bermain seperti kanak-kanak lain.

TAHAP PENDIDIKAN
Pada
tahun 1999 saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Keputusan itu membolehkan saya menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Alhamdulillah, saya berjaya
ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringakat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya, Kelantan Darul Naim. Pada mulanya, agak susah juga nak menyesuaikan diri dengan tempat baru, tapi selepas 2 bulan, saya mula "adapt" dengan suasana di Nilam Puri, Kelantan, yang corak hidup masyarakatnya ramah dan persekitaran santai. Belanja di Kelantan tidak memerlukan belanja yang besar, tak jauh bezanya dengan belanja di Kuching.
Pejam celik pejam celik, selang 2 tahun berada di Kelantan, selesai saja pengajian peringkat asas. Saya ditempatkan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur untuk menghabiskan baki 2 tahun pengajian. Corak hidup di Kota Metropolitan seperti Kuala Lumpur amatlah mengejutkan saya. Kadar sara hidup, corak sosial masyarakat dan ekonomi adalah berbeza sama sekali dengan kehidupan di Kelantan. Di sini saya banyak menghadapi masalah dari sudut kewangan kerana kadar sara hidup yang amat tinggi pada pendapat saya. Di Kelantan, saya hanya perlu berjalan kaki ulang alik dari kelas ke asrama. Di Kuala Lumpur, saya terpaksa ulang alik ke rumah sewa ( kerana Kolej dikhaskan untuk Pelajar Tahun 1), dengan membayar lebih untuk tambang bas, komuter, buku, fotokopi, makan dan minum. Ini menyukarkan hidup saya walaupun mendapat Biasiswa dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada tahun akhir pengajian, saya mengambil keputusan untuk melakukan kerja sampingan. Saya pernah bekerja di Kedai Roti, Sugar Bun, KFC, Hotel di Petaling Jaya dan lain-lain lagi. Dengan gaji RM400, ianya serba sedikit dapat menampung belanja harian saya untuk menamatkan pengajian.
KERJA KERAJAAN
Dari tahun 2005 sehingga sekarang saya masih berkhidmat dalam sektor awam. Kenapa saya memilih
kerja kerajaan dan bukan kerja yang lain. Dalam kotak
pemikiran saya, keluarga lebih penting dari segala-galanya. Saya suka
melihat anak saya membesar dan saya hendak menghabiskan banyak masa
dengan mereka.
Kerja kerajaan pada masa saya ini amat terjamin di mata orang yang melihat lihat. Pada mereka, dengan status bekerja dalam sektor awam salah satu situasi "wining the competition." Pada mereka, orang seperti saya dilihat mampu untuk membeli kereta, rumah dan mudah mendapatkan pinjaman. Itu pandangan masyarakat kepada saya. Namun beban di kepala tiada sesiapa yang tahu. Bekerja dengan gaji yang kecil, semua barang-barang tersebut memerlukan komitmen kewangan yang tinggi. Adapun begitu, keinginan untuk nampak sama bergaya dengan rakan-rakan bukan matlamat utama saya. Akan tetapi semua yang pada diri saya "mampu milik" telah membuat saya lumpuh dalam menguruskan kewangan. Kadar simpanan semankin hari semakin berkurangan. Hanya simpanan dari potongan gaji dalam ASB dan Tabung Haji yang masih kekal.

MEMBELI RUMAH
Sebelum berkahwin, pada tahun 2009,
timbul keinginan untuk tinggal lebih selesa bersama isteri dan
anak-anak. Saya telah mengambil keputusan membeli rumah pada harga RM238,888, rumah dua tingkat lot tengah . Dengan bayaran ansuran selama 25 tahun berjumlah RM1300
juga la. Maka automatik, RM1300 hilang dalam gaji bulanan saya. Rumah yang diperolehi
amat selesa dimana luas garaj kereta 20×30 kaki dan belakang rumah ada
tanah untuk 20×20 kaki. Cukup selesa untuk isteri dan anak-anak saya kelak. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai banyak pilihan membeli rumah ini kerana faktor harga rumah yang sentiasa melambung naik akibat permintaan yang tinggi lebih dari penawaran di Kuching.
TERLIBAT DENGAN PINJAMAN PERIBADI
Saya bermula "membentuk" hutang dalam bentuk Personal Loan. saya, Saya telah membuat pinjaman peribadi
untuk tampung kos kahwin, renovasi rumah ibubapa, dan memulakan langkah mengenali emas pelaburan. Akibatnya, saya terjerumus dalam
hutang yang lama walaupun potongan gaji yang masih mampu dibayar.
Tetapi keadaan saya tidak bertahan lama, apabila membeli rumah, ansuran
rumah telah hampir-hampir melumpuhkan ekonomi kewangan saya. Akibatnya
saya berada dalam keadaan susah, tetapi yang paling
kronik ialah perbelanjaan telah tiada dan saya
terpaksa berjimat cermat. Sampai bila saya harus berjimat cermat, saya
juga perlu membahagiakan keluarga saya dan mesti mengadakan tabung kecemasan jika berlaku kecemasan.
MULA NAK BELAJAR TENTANG ILMU KEWANGAN
“Pengalaman mengajar kita” kata
perumpamaan. Setelah bekerja selama 7 tahun dalam sektor kerajaan, saya
masih seperti biasa. Pada matlamat awal adalah untuk
memperbaiki cara hidup. Dalam tempoh pembelajaran, saya telah belajar
ilmu ekonomi dalam rumahtangga melalui bacaan buku kewangan dari nama-nama yang tersohor. Sebelum ini, tiada satu pun pengajar mengajar saya untuk
menguruskan diri dan kewangan. Semua ilmu diajar hanya fokus pada kepentingan
orang lain seperti syarikat. Oleh itu, atas kesedaran ini, saya mula
membaca kejayaan orang lain. Alhamdulillah, di laman Facebook saya banyak mengenali orang yang berjaya mengurus kewangan. Saya baca dan cuba praktik walaupun ada sesetengah kaedah kewangan agak bertentangan " Nature" dengan kehidupan saya sebelum ini. Nama seperti Tuan Suzardi Maulan, Tuan Zaidi Ismail, Tuan Ali Hanafiah Daud, Tuan Osman Kabilah, Tuan Azizi Ali kerap kali menjadi rujukan dalam disiplin kewanagan pada permulaan.
Kebanyakan rakan universiti saya menjadi orang yang berjaya kerana mereka mempunyai ilmu dan kelulusan yang tinggi. Mereka berjaya memegang jawatan yang besar dengan gaji yang lumayan. Mereka semua merupakan orang yang berjaya dengan menggunakan pelajaran. Lantas saya bertanya, Kenapa tidak Aku! Apa yang saya perlukan adalah ilmu kewangan. Dalam ramai-ramai rakan saya, saya telah tertarik dengan kejayaan seorang rakan iaitu Tuan Wahi Abd Rashid. Saya telah cuba menghubungi beliau, dan beliau sudi membantu saya dalam ilmu ini melalui program mentor yang dianjurkan oleh beliau.

BERKONGSI PENGALAMAN
Atas nasihat beliau, untuk menjadi orang
yang berjaya, ilmu perlu dipelajari daripada orang-orang yang sudah
berjaya. Mungkin ilmu saya sedikit namun saya berharap dengan pembinaan
blogspot ini, saya akan dapat berkongsi pengalaman bersama tuan puan dan
seterusnya akan membantu saya menjadi seorang yang boleh berjaya dan
menguruskan kewangan dengan baik dengan cara tuan puan boleh memberi
input dan berkongsi dengan saya. Saya juga berharap, blog saya ini akan
membantu rakan-rakan yang lain untuk belajar tentang cara untuk berubah
kearah yang lebih baik dan belajar tentang ilmu pengurusan kewangan agar
dapat memenuhi cita-cita tuan puan. Harapan yang paling besar adalah, saya mengharapkan agar ahli keluarga saya memahami apa yang cuba saya usahakan untuk masa depan keluarga. Sekian.
**********************************************************************************
Sekiranya anda mempunyai maklumbalas dan pertanyaan boleh hubungi saya di:
Email : faiz8480@gmail.comSekiranya anda mempunyai maklumbalas dan pertanyaan boleh hubungi saya di:
Facebook :https://www.facebook.com/faiz.dahlan1?ref=tn_tnmn
Ulasan
Catat Ulasan