Bertemu Taukei Mee Kuning (TMK)

21/8/2013

Pertemuan tidak dirancang berlaku ketika saya dibawa oleh seorang rakan menghadiri satu sesi perkenalan produk MLM di sebuah kedai makan sekitar Kuching. Rakan ini seorang yang aktif di dalam banyak bidang perniagaan. Kebetulan Taukei Mee Kuning pun ada disitu

Rakan saya memperkenalkan saya pada orang muda ini. Seorang yang santai. Suka berseloroh dan bersahaja. Lalu saya pun terjah hening malam dengan satu soalan.

Saya: Bos mula bisnes ni berapa lama?
TMK: Hampir 25 tahun.

Fuh...saya menarik nafas dalam-dalam...Cukup lama dan memang hebat orangnya Taukei Mee Kuning.

Saya: Bos berapa jualan sehari mee kuning sambil saya merenung rakan disebelah?
TMK: Tak banyak, 500kg. untuk bekalan seluruh Kuching setiap pagi.

Saya: Berapa harga sekilo bos?
TMK: Stop panggil bos. Kita sama masih baru.RM3/kilo

Kira secara santai, 500kg ×RM3 =RM1500/hari

Pung pang..rm1500×30hari = RM45 000. Hanya untuk satu mee, iaitu mee kuning.

Sepengetahuan saya, biasanya yang tok niaga mee, takkan niaga satu mee sahaja. Kebiasaannya ada banyak jenis. Mee kegemaran rakyat malaysia, mee kolok, kueh tiaw dan mee kering. Tanya lagi.

Saya: Ada buat bisnes lain?
TMK:Takde. Jual mee sahaja.

Ewah.Alangkah bahagianya hidup. Jual mee sahaja dah dapat jana pendapatan yang begitu banyak.Tengah otak saya merayap berfikir, TMK minta diri untuk balik.

TMK: Lain kali sembang lagi. Insyallah kita jumpa.
Saya: Ok bos.
TMK: Jam 4 pagi dah mula buat mee, hantar mee dan lepas tu hantar anak ke sekolah.
Saya: Ok.

Terdetik dihati, memang patut pun TMK dapat pendapatan macam ni.

P/S: Macam mana keadaan saya bila anak dah masuk sekolah + Kerja + Kereta Sewa. Nanti sambung lagi. Assalamualaikum.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

D'Samarahan Homestay UNIMAS

Tentang Saya

Bagaimana Mengawal Selia Belanja Bulanan Keluarga