Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Bagaimana Mengawal Selia Belanja Bulanan Keluarga

Bagaimana Mengawal Selia Belanja Bulanan Keluarga Saya baru sahaja menyiapkan lanjutan MS Excel untuk mengawal selia belanja bulanan keluarga. Saya ingin berkongsi dengan anda agar kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang telah saya laksanakan sebulan akan lepas. Saya merasa terpanggil agar rakan-rakan saya bersama-sama memerhati perkara berikut: 1) Mengenalpasti dimana lompang wang tunai kita "bocor" setiap bulan 2) Ke Arah mana kita banyak menghabiskan wang tunai yang kita kutip setiap bulan 3) Adakah apa yang kita lakukan betul atau sebaliknya. 4) Apakah langkah yang sepatutnya anda lakukan untuk memperbaiki masalah anda Daripada MS Excel ini nanti, kita akan dapat mencongak haluan kita yang berikutnya. Ingat rakan-rakan, kita ada isteri, anak, emak, ayah, rakan dan taulan, yang mesti kita PELIHARA dengan BAIK. Tunaikan amanah tersebut dengan sebaik mungkin. Untuk mendapatkan MS EXCEL kali ini, saya memohon jasa baik rakan-rakan untuk ...

D'Samarahan Homestay UNIMAS

Imej
D'Samarahan Homestay UNIMAS Rumah Teres Setingkat ( Lot Corner), terletak di Taman Melaban, Kota Samarahan. Kami menyediakan  kemudahan homestay pada kadar yang berpatutan dan sedia berunding harga. RM 150 / hari. Dilengkapi dengan kemudahan 3 bilik tidur. Bilik tidur utama disediakan penghawa dingin manakala 2 bilik lagi berkipas. Setiap bilik disediakan katil queen, tilam, bantal dan selimut; sesuai untuk mereka yang bertandang ke Bandar Ilmu, Kota Samarahan sempena Majlis Keraian, Persidangan dan Pesta Konvokesyen UNIMAS, UiTM, IPG Tun Abdul Razak, ILP Kota Samarahan dan Pusat Jantung Samarahan.   Ruang Tamu disediakan televisyen,set sofa dan set meja makan kecil untuk kemudahan para tetamu berlibur sambil beramah mesra bersama ahli keluarga masing-masing. Kemudahan Internet juga disediakan bagi memudahkan teta...
Bertemu Taukei Mee Kuning (TMK) 21/8/2013 Pertemuan tidak dirancang berlaku ketika saya dibawa oleh seorang rakan menghadiri satu sesi perkenalan produk MLM di sebuah kedai makan sekitar Kuching. Rakan ini seorang yang aktif di dalam banyak bidang perniagaan. Kebetulan Taukei Mee Kuning pun ada disitu Rakan saya memperkenalkan saya pada orang muda ini. Seorang yang santai. Suka berseloroh dan bersahaja. Lalu saya pun terjah hening malam dengan satu soalan. Saya: Bos mula bisnes ni berapa lama? TMK: Hampir 25 tahun. Fuh...saya menarik nafas dalam-dalam...Cukup lama dan memang hebat orangnya Taukei Mee Kuning. Saya: Bos berapa jualan sehari mee kuning sambil saya merenung rakan disebelah? TMK: Tak banyak, 500kg. untuk bekalan seluruh Kuching setiap pagi. Saya: Berapa harga sekilo bos? TMK: Stop panggil bos. Kita sama masih baru.RM3/kilo Kira secara santai, 500kg ×RM3 =RM1500/hari Pung pang..rm1500×30hari = RM45 000. Hanya untuk satu mee, iaitu mee kuning. Sepengeta...

Tentang Saya

Profil Diri Mohamad Faiz Bin Dahlan. Dilahirkan di negeri Sarawak, Bumi Kenyalang pada tahun 1982. Dilahirkan dalam keluarga yang kecil  pendapatannya. Ayah saya bekerja sebagai Attendan Hospital manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Kebanyakan waktu, semasa kecil, dihabiskan untuk bermain dan pergi ke sekolah pada paginya dan petangnya ke sekolah agama. Saya bersekolah di sebuah sekolah yang jaraknya 10km dari rumah. Setiap hari saya dan adik beradik lain bangun awal untuk ke sekolah seawal 5.30 pagi. Pada masa hujung minggu, masa banyak dihabiskan untuk mengaji Al-Quran dan bermain seperti kanak-kanak lain. TAHAP PENDIDIKAN Pada tahun 1999 saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Keputusan itu membolehkan saya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Alhamdulillah, saya berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringakat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya, Kelantan Darul Naim.  Pada mulanya, agak susah juga nak meny...